Sunday 19 May 2013

Bio Velocity Sleep Mate


Percayakah anda hanya dengan tidur sahaja anda boleh merawat diri anda sendiri. Alternatif ini sangat berguna terutamanya untuk mereka yang tiada masa untuk membuat rawatan disebabkan kekangan kerja dan juga untuk warga tua yang kebiasaannya tidak suka membuat rawatan di hospital. 


Bagaimana ia bertindak dan macam mana ia dapat membantu?

Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.
Secara ringkasnya teknologi dari Jerman ini adalah medan tenaga matahari semulajadi yang disimpan dan diseimbangkan dengan garam laut dari Korea dan disuntik ke dalam Bio Velocity Sleep Mate ini.
Gelombang yang dihasilkan akan bertindak bergetar dengan molekul2 dalam badan dan melancarkan peredaran darah. Bila darah lancar Insha Allah penyakit pun susah nak lekat. Fungsi ini sama seperti teknologi yang ada pada Premium Beautiful corset.
Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate
Keistimewaan

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti






Untuk keterangan lanjut bolehlah contact 
hp: 013-3922726
email: needhoney83@gmail.com

or click Contact Us

Sunday 14 April 2013

Premium Beautiful and Me ;)

Wah tajuk kelass tau bkn kelas memandu ye tp kelas PB...ape kah yg ku merepek ni...huhu
Ape yg nk diceritakan sebenarnye...actually semperna dh setahun pakai PB kira 1st anniversary hokeyyy nak la share dgn my blog readers semua (bajet ramaila baca blog acik ni kan) tentang what i feel, what have improve and macam2 lagi la related dgn my Premium Beautiful corset.

Setahun berlalu dgn begitu cepat...mcm tragis je bunyinye kan...dlm mase tu jugela I'm wearing my PB hari2 especially time working hours without fail ye...tp ade gak skip bbrp hari atas sbb2 tertentu yg tak bole citer kt sini...full set tau pakai and I'm ok with that walaupon ade yg mcm skeptical je betul je pakai hari2 tak panas ke, tak gatal ke, tak hape2 jela kan...but the reality is ok jer setahun hokeyy acik pakai and still continue Insha Allah nak manfaatkan benefit yg ade pd PB ni.

Yela mcm yg diberitahu sebelum ni it's not just for beauty/kurus but for HEALTH.That's more importantkan.So dh setahun pakai ape yg improve?? Ade je yg kate tak kurus pon...yes mmg tak tp badan sendiri of cozla sendiri je yg tau and my hubby also...awww malu... T___T

First 2 months mmg extremely turun around 5kg mmg terase sgt bestkn tp lame2 berat tu tak turun2 ni testimoni sendiri ye maybe orang lain lain ceritanya sbb PB works dgn our body so different people akan rase different la..seterusnye maintain je tp in terms of shape mmg terase sangat. Tu yg buat acik suker...orang lain tak nampak sbb hari2 keje pakai baju kurung je kot so same je la nampakkn..whateva..kuikui.That's the best part la shaping my body even kalo bukak pon i mean without PB pon i can see the curve :D.

Lain2 pulak mcm senggugut, migrain mmg berkurang sangat. Ingat lagi mase lepas naik keje after delivered Ayra then period smpi berguling kt surau ofis tu smpi kena amik warm water letak kt perut...sape ingat lagi?? Eh ade ke orang ingat hehe..

Ilustrasi saje bkn gambo sebenar ye

Pastu mmg selalu migrain biasela keje ofiskan keje mkn gaji bykle stressnye bile stress migrain bile migrain stress tu je la kejenye mmg ubat panadol ape erk warna biru 650mg (smpi x ingat dh name sbb dh tak guna) tu jd peneman setia sbb ponstan mmg x jalanla.Now mmg sgt ssh nak kena migrain bkn tak stress kalo ikut keje lagi heavy dr dulu tp Alhamdulillah PB really help me.Kalo sesekali migrain pon dh tak telan ubat just guna waist nipper a.k.a bengkung PB tu balut je kepala and tido Insha Allah lps tu recover..erm..byk kegunaankan.

mcm ni ade jugak yg baik hati tunjuk contohkan

Lain pulak cerita pasal sakit belakang pon mmg membantu sbb acik ni duk rumah 5 tingkat je pepahamla rumah jenis apekan konfem takde lift. Pagi mmg kena dukung anak2 ku kalo sekarang ok sket sbb Abg Ngah Papa dia htr nnt rumah nenek so pagi cuma dukung Ayra.Yela budak kalo pagi2 mana nak jalan mamai2 tu mmg kena dukung.Dulu time pregnant Ayra selalu kena dukung Abg Ngah smpi bleeding sbb uri bawah tu yg Ayra premature tu.Mase nk ceaser dulu kan kena bius kt belakang maybe effect jugak so mmg senang sakit belakang ni.Pastu masa Ayra kecik kalo time pagi nk keje mmg dukung Ayra sebelah Abg Ngah sebelah masa tu kalo tak silap Papanye keje shift so mmg kena buat sendiri.Haru....so skrg Alhamdulillah ade PB utk support.


The most most most improved in me is my confident level. Wah...giler tak confident sbb keje ku ini mmg selalu kena bagi briefing dpn org yg ramai so bile lemak2 tersimpan rapi of coz kepala tak perlu fikir 'alamak nampak pulak lemak perut bertingkat ni'..huhu. Mcm gambo dibawah ni confident tak...cantik tak kak neyda...haha



So itula sedikit sebanyak pengalaman saya bersama Premium Beautiful corset yg kusayangi ni.Anda nk share pengalaman anda kat saya bole juge.Contact2 la saye ;p


Sunday 31 March 2013

Sabun Marine Essence


Produk yg tengah HOT sekarang ni..nila sabun hijau a.k.a sabun ketiak a.k.a sabun daki...haa ape lagi yg bagi nama yg penting mmg marbeles sabun ni ramai yg repeat order lepas nampak kesan yg mengagumkan..gituu...


Yela kalo muke je cantik tp celah keti, celah peha dan celah2 yg lain heetam (idgham sket bunyinyer) buat malu je hokeyy....

Ade yg kate mahal la sekotak RM105 seketul RM35 tapi berbaloi2 gitu sbb nampak kesannye dlm masa yg singkat dan lagi satu ni haa senarai bahan2 utama dlm sabun ni mau tak gitu regenye...tapi takpe bile dengar suami puji hilang semua sifat kedek tu..huhu

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari



Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.
Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.
Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.
Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.
Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.
Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.
Gila banyak bahan2nye yg ternyata bagus utk kulit.Bukan setakat kulit badan tapi kulit kepala pon bagus kulit muka sudah pastila...mengecutkan jerawat2 menghilangkn hitam2 jeragat bagai...beli seketul guna top to toe gitu...jimat ape...
So camne nak dapatkan...contact je acik ye ataupon klik je 'contact me' tu ;)
013-3922726 (neyda)

Monday 11 March 2013

BIOZONE Car Sterilizer




Sistem purifikasi udara BIOZONE Car Sterilizer ini menggunakan teknologi “cold plasma” yang 
menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon (O3). Ozon dapat
menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC (volatile organic compounds) yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Setelah ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar, ia akan kembali menjadi oksigen (O2) menjadikan kereta anda segar. Ia ringan, mesra alam, selamat dan mudah digunakan.
Kereta mempunyai ruang yang tertutup, maka VOC seperti formaldehid, benzena dan ammonia akan menghasilkan bakteria dan hama dalam keadaan suhu dan kelembapan yang bersesuaian dengannya di mana ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Mereka yang berada dalam keadaan sebegini mudah berasa pening kepala, keletihan dan mual, malah dalam jangka masa yang panjang, mereka mudah menghidapi penyakit pernafasan seperti tonsilitis, bronkitis, pneumonia dan sebagainya. Hal ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Pada masa yang sama, Staphylococcus aureus yang dijumpai di dalam kebanyakan kereta akan menghasilkan bau ganjil, debu dan kotoran turut mempengaruhi fungsi pendingin kereta, menyebabkan fungsi pendinginan dan pemanasan kurang berkesan. Oleh itu, BIOZONE Car Sterilizer diperlukan untuk membantu menyingkirkan kuman, meneutralisasikan gas-gas beracun dan menyingkirkan bau. 

Antara Kelebihannya:-
  • Menggunakan teknologi “cold plasma” Jepun yang menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon (O3).
  • Membasmi kuman yang boleh menyebabkan masalah pernafasan dengan berkesan, mencegah bakteria dan jangkitan virus.
  • Menguraikan VOC dalam kereta misalnya formaldehid, benzena, ammonia, menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain.
  • Membersih dan menyegarkan udara dalam kereta.
  • Ringan, mudah alih dan mudah digunakan.
  • Selamat, mesra alam dan tidak memerlukan penyelenggaraan.


Pastikan Selamat Di Mana Jua... :)

Neyda 013-3922726


Sunday 24 February 2013

Gathering Alumni SK/SM Dengkil

Event diadakan masa 10/2/2013 di Pantai Telok Kemang, PD. Actually, gathering ni utk batch kakak iparku a.k.a Angah tapi kami pon nyibuk join jugak since hubbyku alumni gak cuma tahun je beza muda 2 tahun, kalo dgn acik kire dorang2 ni tua 5 tahun tp mcm same je umur...oppss...

Objektif of coz nak menyambung silaturrahim yg dah lama terputus. Bayangkan abis sekolah tahun 1995 (acik baru darjah 6..huhu) dah 17 tahun gitu. So ini event yg pertama next mungkin ada lagi ktorang ni seronok pulak menjoinkan diri.

Basically, nak join haritu kena bayar RM50 satu family yela mane ade dana lain kan so ape yg dpt ialah door gift setiap seorang (dewasa-tuala mandi, kanak2-set alatulis), makan2 yg tak abis2 dr pagi smpi petang (antara menu yg ada BBQ ayam, nasi minyak, bihun spore, macaroni goreng, nugget, sosej, karipap, brownies, kek cokelat, dll), sukaneka dan hadiah utk yg menang acara sukaneka, luckydraw...haaa pendek kate puas hati kot....

Jom tengokla ape yg ada...check it out!!!


Semua yang hadir. Bole tahan ramai gak


Suasana dihari kejadian




Hadiah yg bertimbun


Antara orang kuat majlis...Angah berbaju hitam



Budak2 excited dpt door gift dari Pengerusi En.Hairi



Ayra ambik door gift. Ibu tumpang publisiti



Ibu malu2 kucing dpt door gift




Sebenarnye banyak lagi gambo setiap orang yg ambik door gift ni ade tapi x larat nak masuk semua just masukkan gambo tuan tanah anak beranak jer...kihkih


Tiba2 sesat gambo ni....ni la orang kuat BBQ ayam 

Antara acara menarik yg diadakan:-


Acara rebut kerusi kanak2...mcm kenal je baju oren tu...yg kecik2 awal2 disingkirkan



Acara rebut kerusi dewasa lelaki


Gelagat bapak2 dan bukan bapak main baling guli...riuh sungguh


Acara isi air dengan span kanak2


Acara ibu2 - lari sambil dukung anak....acik dpt tmpt ke-2 hokayy dikalahkn oleh kakak iparku sendiri hampehh tul pecut saat akhir...hehe


Acara lumba lari kanak2, Kakak mewarisi bakat ibu dpt tmpt ke-2 gak.. ;)


Acara makan aiskrim lelaki...agak2 sape pemenang?? konfemla laki makk...udah ku agak..haha

Keseluruhan mmg best dapat join dorang ni and Insha Allah join lagi event yg akan datang. So utk sape2 yg berkenaan maksudnye mana2 bekas pelajar SK/SM Dengkil bolela 'Like' fan page Pusat Komuniti Bekas Pelajar SKD & SMD 85-95 terbuka utk semua tahun sebenarnye.Jika berminat bole juga jadi ahli berdaftar dgn lebih keistimewaan. Wah promosi pulok budak TIKL ni. Adioss.....





Monday 11 February 2013

Hai-O Halal ke Haram?


Article dibawah ini diambil dari blog mentor saya sendiri iaitu CDM Salha Zain.
Sebagai seorang muslim of coz kt nak pastikan apapun yg kita lakukan adalah dijalan yg betul supaya mendapat hasil yg BARAKAH..Insha Allah..semoga article dibawah dapat memberi jawapan kepada semua persoalan...Aameen...

_______________________________________________________________________


Semakin lama semakin banyak spekulasi yang cuba dibuat oleh orang ramai atas status Halal Syarikat Hai-O…dan makin lama spekulasi ini makin menjadi sampai tak masuk akal…ramai orang berdasarkan atas andaian yang dibuat oleh link dibawah ini…

Ni cerita tahun 2007

Print screen seperti dibawah.

isu_zaharuddin_vs_haio_01

” Maaf, saya tiada info tentang Hai-o samada plan mahupun produknya, cuma apa yang saya tahu, syarikatnya memang besar dan tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur dan syarikat ini bukanlah syarikat patuh syariah…………”

-  Zaharuddin tahun 2007

Zaharuddin tidak langsung mengatakan yang syarikat ini haram atau sebagainya dan beliau pun dh kata yang beliau tiada info langsung mengenai syarikat Hai-O…beliau hanya memberi andaian sahaja, tetapi timbul spekulasi yang bukan2 dari orang ramai tentang perkara ini…siap buat forum lagi and macam2 lagi…

So, kami mengambil inisiatif kami sendiri menghubungi Security Comission berkenaan dengan hal ini…ini bukti yang kami dapati..

TERKINI as at 31 Mei 2010.

isu_zaharuddin_vs_haio_02
P/s: Mane yang still tak puas hati boleh bukak link tu sendiri…atau call security commission sendiri..

Satu dokumen penuh mengenai semua senarai syarikat yang patuh syariah termasuk terma-terma syarat untuk diklasifikasikan dalam patuh syariah, semuanya ada di nyatakan di sini…

dan bukti yang paling kukuh yang kami dapati, antara beribu-ribu syarikat MLM di Malaysia ini, hanya Syarikat Hai-o sahaja mendapat pegiktirafan sebagai SYARIKAT YANG PATUH SYARIAH….

DAN

Majlis Syariah sangat mengambil berat tentang ini kerana 99.9% usahawan ialah tergolong dalam umat Islam… 

DAN

Syarikat Hai-o ialah satu-satunya syarikat di Malaysia yang mendapat sijil

“PERNIAGAAN PALING BERETIKA”

OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI….

DAN

Salha sendiri amat mengambil berat tentang ini seperti anda semua juga kerana Salha ingin mencari rezeki halal dan berkah dan yang di redhai Allah S.W.T….

Jadi, fikir-fikirkanlah….

P/s: Pada semua yang bekerja di syarikat2 MNC atau syarikat yang disenaraikan dalam BSKL tak kirala papan pertama ,kedua ,ketiga dan tak kirela syarikat itu dari malaysia or dari luar negara…tak kirela syarikat tu besar seperti oil and gas or syarikat kecik pun….u all dh yakin syarikat tempat u all bekerja tu ialah syarikat patuh syariah??????
Sila periksa dengan Security Commision ye….
DAN…

Hanya Majlis Fatwa sahaja yang boleh menentukan mengenai issue halal atau haram ini…

Jadi jangan pandai membuat andaian dan spekulasi yang bukan2 lagi !!!!k…

Saturday 2 February 2013

Legoland

Cuti public Awal Muharram yg bersambung dgn Thaipussam digunakan sebaiknye2 dgn mengambil cuti bederet2 dari Rabu sampaila Isnin depannye...huahua...so bolela balik Johor jumpe ayahandaku...huhu

Dalam kepala mmg dh plan nk ke Legoland. Alhamdulillah dipermudahkan...thanks Papa sbb belanjer... :)

So here we go!!!






Tempat wajib posing...hehe



Since pergi masa 25/01/2013 and kebanyakan orang bekerja, so counter ticket pon agak lengang...*wink*




Thanks kpd makcik Dutch Lady for free voucher for the kids






Junior Driving School. 
Ayra tak dapat naik sbb tak cukup 3 tahun tp sbb ni first game dia mcm relax jer. Kerek betul lagi 3 bln je nak cukup umur dh puas Ibu merayu tp budak yg jage tu ttp bekeras. Ada budak tu kecik je bdn dr Ayra tp sbb dh cukup umur bole naik yer...tensen betul



Rescue Academy ni boleh main satu family terasa mcm ahli bomba pulok









Legoland Express ni pon confirmla boleh naik satu family






Lego City Airport. Papa yg excited...kuikui







Lost Kingdom...hati2 sblm abis perjalanan gambo anda akan ditangkap jadi buatla posing yg menarik jgn mcm Papa muka terkezut tapi ktorg tak  beli pon



Beetle Bounce...Ibu tak dapat naik sbb kena temankan Ayra. Sian Ayra nangis2 nak naik..malangnye tak cukup tinggi...huhu















Duplo Express utk kanak2 je ye..parent sila rehatkan diri.
Siap suruh budak2 ni naik byk kali sbb nk rehat jap :)




Observation Tower. Rasanye Menara Taming Sari lagi tinggi kot.





With Mr.Lego













Miniland




Kids Power Tower, tarik jgn tak tarik. Baru setengah tiang Ibu suruh kakak jgn tarik lagi sbb Ibu gayat nak amek gambo



Ready for Lego Studio 4D.
Really enjoy since dh penat jalan so sambil tgk movie sambil release penat...bestt...



Pahlawan kuda Royal Joust. Sian Ayra tak dapat naik lagi nangis lagi tp bkn masalah tinggi tp masalah umur 4 tahun ke atas baru bole naik...pulok dah



Dragon Apprentice. 
Sementara ktorg naik, budak 2 org ni diquarantin utk bermain lego and akan ada staff yg jaga.





Aquazone Waze Racers...huhu nak main tp org ramai sgt and Papa dh tak larat so tgk dr luar sajo...rugi betul



Kakak dgn Papa je naik Technic Twister ni. Budak 2 org tu spt biasa tak lepas and Ibu malas naik benda alah ni sbb dl naik kt Sunway benda cmni pening semacam...haha



Cenderahati mmg sangat mahal so at last we decided utk beli gambo sendiri jer.
RM150 - 1 gambar 8R, 1 gambar printed on Lego, special gift from Canon

Secara keseluruhannye takdela puas hati sangat sbb byk yg budak2 tak dpt main sbb x lepas tinggi and benda yg dewasa pulak ssh gak nk main sbb anak2ku yg kecik ni sape nk tengok...walaupon setiap game mmg ade tmpt quarantin tu tp x berani la pulok....so kisahnye mcm x dpt main semuala gamoknye :(

So my advise pada sape2 yg nak pergi pastikan anak2 anda lepas dr 90cm and ada org yg boleh jagakan time korang berjimba2...haha
Lagi satu bawak bekalan air mineral sbb kt dlm spt biase sgt mahal so jgn membazir naa...

But it was a good experience and hopefully jadi mimpi terindah utk anak2ku sekalian...nnt korang pergila lagi 20 tahun sendiri yer...ibu dah malas...tp kalo mase tu korang nk belanjer Ibu ape salahnyer...kuangkuang


Untuk maklumat lanjut silala layari www.legoland.com.my

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...