Sunday 24 February 2013

Gathering Alumni SK/SM Dengkil

Event diadakan masa 10/2/2013 di Pantai Telok Kemang, PD. Actually, gathering ni utk batch kakak iparku a.k.a Angah tapi kami pon nyibuk join jugak since hubbyku alumni gak cuma tahun je beza muda 2 tahun, kalo dgn acik kire dorang2 ni tua 5 tahun tp mcm same je umur...oppss...

Objektif of coz nak menyambung silaturrahim yg dah lama terputus. Bayangkan abis sekolah tahun 1995 (acik baru darjah 6..huhu) dah 17 tahun gitu. So ini event yg pertama next mungkin ada lagi ktorang ni seronok pulak menjoinkan diri.

Basically, nak join haritu kena bayar RM50 satu family yela mane ade dana lain kan so ape yg dpt ialah door gift setiap seorang (dewasa-tuala mandi, kanak2-set alatulis), makan2 yg tak abis2 dr pagi smpi petang (antara menu yg ada BBQ ayam, nasi minyak, bihun spore, macaroni goreng, nugget, sosej, karipap, brownies, kek cokelat, dll), sukaneka dan hadiah utk yg menang acara sukaneka, luckydraw...haaa pendek kate puas hati kot....

Jom tengokla ape yg ada...check it out!!!


Semua yang hadir. Bole tahan ramai gak


Suasana dihari kejadian




Hadiah yg bertimbun


Antara orang kuat majlis...Angah berbaju hitam



Budak2 excited dpt door gift dari Pengerusi En.Hairi



Ayra ambik door gift. Ibu tumpang publisiti



Ibu malu2 kucing dpt door gift




Sebenarnye banyak lagi gambo setiap orang yg ambik door gift ni ade tapi x larat nak masuk semua just masukkan gambo tuan tanah anak beranak jer...kihkih


Tiba2 sesat gambo ni....ni la orang kuat BBQ ayam 

Antara acara menarik yg diadakan:-


Acara rebut kerusi kanak2...mcm kenal je baju oren tu...yg kecik2 awal2 disingkirkan



Acara rebut kerusi dewasa lelaki


Gelagat bapak2 dan bukan bapak main baling guli...riuh sungguh


Acara isi air dengan span kanak2


Acara ibu2 - lari sambil dukung anak....acik dpt tmpt ke-2 hokayy dikalahkn oleh kakak iparku sendiri hampehh tul pecut saat akhir...hehe


Acara lumba lari kanak2, Kakak mewarisi bakat ibu dpt tmpt ke-2 gak.. ;)


Acara makan aiskrim lelaki...agak2 sape pemenang?? konfemla laki makk...udah ku agak..haha

Keseluruhan mmg best dapat join dorang ni and Insha Allah join lagi event yg akan datang. So utk sape2 yg berkenaan maksudnye mana2 bekas pelajar SK/SM Dengkil bolela 'Like' fan page Pusat Komuniti Bekas Pelajar SKD & SMD 85-95 terbuka utk semua tahun sebenarnye.Jika berminat bole juga jadi ahli berdaftar dgn lebih keistimewaan. Wah promosi pulok budak TIKL ni. Adioss.....





Monday 11 February 2013

Hai-O Halal ke Haram?


Article dibawah ini diambil dari blog mentor saya sendiri iaitu CDM Salha Zain.
Sebagai seorang muslim of coz kt nak pastikan apapun yg kita lakukan adalah dijalan yg betul supaya mendapat hasil yg BARAKAH..Insha Allah..semoga article dibawah dapat memberi jawapan kepada semua persoalan...Aameen...

_______________________________________________________________________


Semakin lama semakin banyak spekulasi yang cuba dibuat oleh orang ramai atas status Halal Syarikat Hai-O…dan makin lama spekulasi ini makin menjadi sampai tak masuk akal…ramai orang berdasarkan atas andaian yang dibuat oleh link dibawah ini…

Ni cerita tahun 2007

Print screen seperti dibawah.

isu_zaharuddin_vs_haio_01

” Maaf, saya tiada info tentang Hai-o samada plan mahupun produknya, cuma apa yang saya tahu, syarikatnya memang besar dan tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur dan syarikat ini bukanlah syarikat patuh syariah…………”

-  Zaharuddin tahun 2007

Zaharuddin tidak langsung mengatakan yang syarikat ini haram atau sebagainya dan beliau pun dh kata yang beliau tiada info langsung mengenai syarikat Hai-O…beliau hanya memberi andaian sahaja, tetapi timbul spekulasi yang bukan2 dari orang ramai tentang perkara ini…siap buat forum lagi and macam2 lagi…

So, kami mengambil inisiatif kami sendiri menghubungi Security Comission berkenaan dengan hal ini…ini bukti yang kami dapati..

TERKINI as at 31 Mei 2010.

isu_zaharuddin_vs_haio_02
P/s: Mane yang still tak puas hati boleh bukak link tu sendiri…atau call security commission sendiri..

Satu dokumen penuh mengenai semua senarai syarikat yang patuh syariah termasuk terma-terma syarat untuk diklasifikasikan dalam patuh syariah, semuanya ada di nyatakan di sini…

dan bukti yang paling kukuh yang kami dapati, antara beribu-ribu syarikat MLM di Malaysia ini, hanya Syarikat Hai-o sahaja mendapat pegiktirafan sebagai SYARIKAT YANG PATUH SYARIAH….

DAN

Majlis Syariah sangat mengambil berat tentang ini kerana 99.9% usahawan ialah tergolong dalam umat Islam… 

DAN

Syarikat Hai-o ialah satu-satunya syarikat di Malaysia yang mendapat sijil

“PERNIAGAAN PALING BERETIKA”

OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI….

DAN

Salha sendiri amat mengambil berat tentang ini seperti anda semua juga kerana Salha ingin mencari rezeki halal dan berkah dan yang di redhai Allah S.W.T….

Jadi, fikir-fikirkanlah….

P/s: Pada semua yang bekerja di syarikat2 MNC atau syarikat yang disenaraikan dalam BSKL tak kirala papan pertama ,kedua ,ketiga dan tak kirela syarikat itu dari malaysia or dari luar negara…tak kirela syarikat tu besar seperti oil and gas or syarikat kecik pun….u all dh yakin syarikat tempat u all bekerja tu ialah syarikat patuh syariah??????
Sila periksa dengan Security Commision ye….
DAN…

Hanya Majlis Fatwa sahaja yang boleh menentukan mengenai issue halal atau haram ini…

Jadi jangan pandai membuat andaian dan spekulasi yang bukan2 lagi !!!!k…

Saturday 2 February 2013

Legoland

Cuti public Awal Muharram yg bersambung dgn Thaipussam digunakan sebaiknye2 dgn mengambil cuti bederet2 dari Rabu sampaila Isnin depannye...huahua...so bolela balik Johor jumpe ayahandaku...huhu

Dalam kepala mmg dh plan nk ke Legoland. Alhamdulillah dipermudahkan...thanks Papa sbb belanjer... :)

So here we go!!!






Tempat wajib posing...hehe



Since pergi masa 25/01/2013 and kebanyakan orang bekerja, so counter ticket pon agak lengang...*wink*




Thanks kpd makcik Dutch Lady for free voucher for the kids






Junior Driving School. 
Ayra tak dapat naik sbb tak cukup 3 tahun tp sbb ni first game dia mcm relax jer. Kerek betul lagi 3 bln je nak cukup umur dh puas Ibu merayu tp budak yg jage tu ttp bekeras. Ada budak tu kecik je bdn dr Ayra tp sbb dh cukup umur bole naik yer...tensen betul



Rescue Academy ni boleh main satu family terasa mcm ahli bomba pulok









Legoland Express ni pon confirmla boleh naik satu family






Lego City Airport. Papa yg excited...kuikui







Lost Kingdom...hati2 sblm abis perjalanan gambo anda akan ditangkap jadi buatla posing yg menarik jgn mcm Papa muka terkezut tapi ktorg tak  beli pon



Beetle Bounce...Ibu tak dapat naik sbb kena temankan Ayra. Sian Ayra nangis2 nak naik..malangnye tak cukup tinggi...huhu















Duplo Express utk kanak2 je ye..parent sila rehatkan diri.
Siap suruh budak2 ni naik byk kali sbb nk rehat jap :)




Observation Tower. Rasanye Menara Taming Sari lagi tinggi kot.





With Mr.Lego













Miniland




Kids Power Tower, tarik jgn tak tarik. Baru setengah tiang Ibu suruh kakak jgn tarik lagi sbb Ibu gayat nak amek gambo



Ready for Lego Studio 4D.
Really enjoy since dh penat jalan so sambil tgk movie sambil release penat...bestt...



Pahlawan kuda Royal Joust. Sian Ayra tak dapat naik lagi nangis lagi tp bkn masalah tinggi tp masalah umur 4 tahun ke atas baru bole naik...pulok dah



Dragon Apprentice. 
Sementara ktorg naik, budak 2 org ni diquarantin utk bermain lego and akan ada staff yg jaga.





Aquazone Waze Racers...huhu nak main tp org ramai sgt and Papa dh tak larat so tgk dr luar sajo...rugi betul



Kakak dgn Papa je naik Technic Twister ni. Budak 2 org tu spt biasa tak lepas and Ibu malas naik benda alah ni sbb dl naik kt Sunway benda cmni pening semacam...haha



Cenderahati mmg sangat mahal so at last we decided utk beli gambo sendiri jer.
RM150 - 1 gambar 8R, 1 gambar printed on Lego, special gift from Canon

Secara keseluruhannye takdela puas hati sangat sbb byk yg budak2 tak dpt main sbb x lepas tinggi and benda yg dewasa pulak ssh gak nk main sbb anak2ku yg kecik ni sape nk tengok...walaupon setiap game mmg ade tmpt quarantin tu tp x berani la pulok....so kisahnye mcm x dpt main semuala gamoknye :(

So my advise pada sape2 yg nak pergi pastikan anak2 anda lepas dr 90cm and ada org yg boleh jagakan time korang berjimba2...haha
Lagi satu bawak bekalan air mineral sbb kt dlm spt biase sgt mahal so jgn membazir naa...

But it was a good experience and hopefully jadi mimpi terindah utk anak2ku sekalian...nnt korang pergila lagi 20 tahun sendiri yer...ibu dah malas...tp kalo mase tu korang nk belanjer Ibu ape salahnyer...kuangkuang


Untuk maklumat lanjut silala layari www.legoland.com.my

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...